HAFAZ SURAH KAHFI 18: AYAT 21
Sabtu, 13/4/2024.
Surah al-Kahfi, ayat 21.
Alhamdulillah minggu lepas, selepas seminggu menghafal, dapat juga hafal 20 ayat, termasuk 10 ayat pertama yg sudah lama dihafal.
Untuk ayat 21 ini, aku pecahkan pd 6 bahagian. Ayat yg agak panjang.
وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّۭ وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَآ إِذْ يَتَنَـٰزَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ ۖ فَقَالُوا۟ ٱبْنُوا۟ عَلَيْهِم بُنْيَـٰنًۭا ۖ رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ ۚ قَالَ ٱلَّذِينَ غَلَبُوا۟ عَلَىٰٓ أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِدًۭا ٢١
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka".
Nota lalat. Semasa di masjid jamek sebelum masuk waktu zohor dan sebelum solat jumaat berjemaah semalam (Jumaat). Ada qari membaca surah al-kahfi juga. Tidak sesedap bacaan pak arab di mesjid jamek Kg Baru KL itu. Mungkin disebabkan sound system yg pecah agaknya. Tidak berapa jelas bacaannya dan kabur. Tidak baca habis kerana sudah masuk waktu zohor.
Nota lalat 2. Aku perasan ayat ke 21 ini ada perkataan yg berbeza sedikit bila dibandingkan dgn mushaf2 lain, tp ianya tak mengubah bacaan dan sebutan. Cuma berubah kedudukan perkataan2 tu je.
Comments
Post a Comment