HAFAZ SURAH KAHFI 18: AYAT 23 TO 25
Ahad, 14/4/2024.
Hari ke sembilan.
Surah al-kahfi, ayat 23 hingga 25/110.
Pagi tadi aku bangun awal (4am) sbb smlm aku tdo awal (9 lebih). Mulai hafal ayat 23 slps solat sunat tahajjud 2 rakaat dan hafaz surah al-waqiah spt biasa...
Kemudian ayat 24 ...
Dan ayat 25 ... sblm azan subuh.. aminn
Aduhai, agak mencabar juga 3 ayat2 nih.. Balik dr sarapan lempeng kelapa td, bila nk baca dan hafaz balik tak berjaya. Tersangkut2. Walopon nmpk senang je. Nmpknye kene ulang2 utk seharian nih.
Terjemahan:
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَا۟ىْءٍ إِنِّى فَاعِلٌۭ ذَٰلِكَ غَدًا ٢٣
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ وَٱذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰٓ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّى لِأَقْرَبَ مِنْ هَـٰذَا رَشَدًۭا ٢٤
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
وَلَبِثُوا۟ فِى كَهْفِهِمْ ثَلَـٰثَ مِا۟ئَةٍۢ سِنِينَ وَٱزْدَادُوا۟ تِسْعًۭا ٢٥
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
Comments
Post a Comment