KELIRU DENGAN HUJUNG AYAT PERTAMA SURAH KAHFI, NAK WAQAF ATAU SAKTAH?
Pelajaran baru utk aku hari ini. Apa itu saktah, yakni tanda sin kecil diatas. Ada 4 tempat dlm alquran.
CONTOH-CONTOH
لَّابَلْ ۜ رَانَ (al mutaffifin: 14)
مِن مَّرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا (yasin: 52)
وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًۜا (kahfi:1)
وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ ( qiyamah:27)
Soalan umum:
Saya pernah belajar tentang saktah (huruf sin kecil). Ustazah saya pesan, bila jumpa je sin kecil, perlu berhenti & tahan nafas kejap, kemudian sambung bacaan dengan nafas yang sama tadi. Berhenti tu tak yah lelama.. Dua harokat cukup. Cuma, yang buat saya jadi bingung bila jumpa tanda saktah ni sekali dengan tanda waqaf. Contohnya dalam ayat 1 surah kahfi. . وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ (١) . Saya keliru nak baca saktah atau waqaf? Nak waqaf, tapi ada pulak sin kecil tu..eeee,peningla…
DEFINISI
Berhenti sejenak tanpa mengambil nafas.
Nota Tambahan
- Tanda saktah adalah di antara tanda waqaf yang sedikit sahaja yang terdapat di dalam al-Quran. Maka apabila pembaca menemuinya, perlulah diraikan waqaf ini.
- Apabila terdapat tanda waqaf (س), maka yang harus di lakukan yaitu berhenti sejenak sehingga memutus bacaan tetapi tidak diperbolehkan bernafas.
Tapi ustaz ini memberi penerangan yg lebih terperinci dan lagi baik.
Comments
Post a Comment